Showing posts with label refleksi. Show all posts
Showing posts with label refleksi. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Yesus pokok dan kitalah cabangnya

Shallom,
Saya masih pikir2 lagi apa khutbah Father hari minggu yang dulu... "Yesus pokok dan kitalah cabangnya". Father ada cakap yang kita bergantung penuh dengan Yesus Kristus iaitu di dalam aktiviti kita seharian... Tapi ada yang jadi penebang kepada pokok anggur yang tumbuh dan tempat kita bergantung. Ada yang mencantas ranting kebergantungan sendiri daripada pokok kehidupan. Masa itu saya tanya diri saya sendiri: Adakah saya seorang yang mencantas cabang hidup saya dari Yesus iaitu pokok tempat saya tumbuh?

Satu lagi yang menarik perhatian saya...
Manusia tidak sama sekali boleh menghakimi satu sama lain. Waktu kita dihakimi pun sebenarnya sangat berbeza daripada apa yang sudah saya bayangkan selama ini (this is when it comes to the interesting part): Waktu kita dijadikan, Tuhan telah memberikan kita roh - roh kehidupan. Dan waktu kita dibaptis, kita menerima roh kudus dari Yesus. Wakti kita dihakimi nanti, Tuhan akan tengok... dia akan tanya... Apa yang kita sudah buat sama roh yang sudah dikurniakan sama kita. Now, bila saya tanya diri sendiri... X banyak yang sudah saya buat... Masih banyak yang perlu dilakukan di masa akan datang... Yang paling penting, kita gembira... Dan kegembiraan kita itu mesti memberikan kegembiraan juga kepada orang lain... Itu sebenarnya yang kita perlu lakukan, bukan begitu?

Banyak persoalan-persoalan yang mucul kalau difikirkan - apa sebenarnya peranan kita sama diri sendiri... Apa yang kita perlu buat... dan apa yang sudah kita lakukan... Saya mengaku saya masih banyak kekurangan dalam dunia iman saya sebagai seorang Kristian. Saya tidak tahu sama ada saya sebenarnya seorang penebang kepada pokok anggur - tempat saya sendiri bergantung, ataupun sebenarnya saya sudah tumbuh sebagai salah satu cabang dari pokok itu. Mungkin saya tumbuh sebagai pucuk muda masih? Ataupun memang belum tumbuh pun? Hahaha But I'm serious... Sedikit renungan untuk minggu ni saja :P

Semoga kita semua tumbuh secara subur di dalam Pokok anggur Tuhan sebagai cabangnya...

Saturday, July 30, 2011

Thursday, July 28, 2011

..Dia dan Dunia..

kehidupan kita..
kadang-kadang 
di atas dan di bawah..

tetapi ingatlah
Bapa tidak pernah 
meletakkan kita ditempat yang ter-Bawah sekali
malah
disaat kita menginggalkan Dia
Dia tetap setia 
berada di samping kita..

God Bless^^

Friday, July 22, 2011

Bapa Yang Kekal

shallom^^
semua tau lagu Bapa Yang Kekalkan??
ba, sambil2 kamu baca ni..
boleh juga ba kamu kasi on tu lagu..
kalo tidak pun..
lepas baca laa ah^^

mari kita sama2 buat refleksi
[bukan KKBI atau KKP punya]
hehehe

kenapa Bapa Yang Kekal??

sebab

walaupun kita kasi tinggal DIA
DIA tetap sama-sama kita
macam mana pun kita kasi lupa DIA
DIA tidak kasi lupa kita

[ya /tidak]

mungkin tidak semua mengalami perkara yang sama
tetapi
percayala..
setiap kita
DIA sentiasa berserta dengan kita
tidak kirala apa yang kita buat
cuma kehadirannya berbeza dalam diri setiap kita

Bapa Yang Kekal
andai kita diberi pilihan

yang manakah KEKAL
a. bapa di dunia
b.bapa di syurga

mana kamu pilih??

[jawab sendiri la ah^^]

selamat membaca dan semoga Tuhan sentiasa memberkati

sumber: Perkongsian Bapa John di praymeeting tadi^^
God Bless


All rights reserved by Catholic Youth of St.Paul unless stated.