Rombongan ini telah tiba dengan selamat dan jayanya di St Paul Balung pada jam 8 malam. Kehadiran rombongan ini sangat dialu-alukan oleh para guru pelatih yang hadir. Sesuai dengan tema yang telah dipilih, tambahan pula ini merupakan kunjungan pertama KBK dan KBP ke St Paul Balung, "Let's Hang Out" diteruskan dengan ucapan selamat datang dari wakil guru pelatih.
Sejurus selepas ucapan selamat datang kepada KBK dan KBP, acara seterusnya diteruskan oleh pengerusi belia Holy Trinity iaitu Kak Felsa. Beliau telah memperkenalkan ahli-ahli KBP yang dapat mengikut lawatan pada hari tersebut sebelum menyerahkan sesi kepada Kak Anna. Seterusnya, ahli-ahli KBK diperkenalkan kepada guru pelatih yang hadir. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara para guru pelatih mahupun belia yang sedang meneruskan pengajian di bahagian Dioses Sandakan. Hal ini demikian supaya, para belia tidak terus hanyut dengan pengaruh-pengaruh yang tidak sihat disamping menyemarakkan lagi semangat untuk melayani walaupun jauh dari kampung halaman masing-masing.
Selepas sesi suai kenal dijalankan, beberapa permainan telah dikendalikan oleh pihak KBK untuk menghangatkan lagi suasana. Pertemuan pada kali ini lebih santai memandangkan ianya julung-julung kali diadakan.Lawatan ini diakhiri dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh para belia di St. Paul.
Greetings from us :) Designed by Allesandro Albert, Marklister George, Nicholas Amid and Sylvester Jonny |
Pengerusi KBP Kak Felsa :) |
Tim KBP yang hadir.. |
Mengetuai acara ice-breaking Kak Anna dan Kak Easter |
Sing along.. " Do You Have a Sunshine Smile" |
The guitarist Harl Joenie with Kak Anna |
belia @ guru-guru pelatih |
Lets Hang Out 27.April.2012 Segar dari Ladang :) |
Jumpa lagi.... :):)
report , Fettwinda
photos , Sylvester and Nicholas
No comments:
Post a Comment